top of page

SAYA DAH BUAT BERIBU “DOLLAR” SEBULAN SECARA PASIF SEJAK 5 TAHUN LEPAS: NI CARANYA…




Itulah kata-kata Jen Glantz dimana beliau merupakan pengasas kepada “Bridesmaid for Hire”. Apabila beliau diberhentikan kerja pada tahun 2015, beliau telah berjanji kepada dirinya sendiri bahawa beliau akan menggunakan seribu satu cara untuk memastikan beliau menjadi “boss” kepada diri sendiri dan tidak akan pernah Kembali bekerja sebagai pekerja sepenuh masa lagi.


Ia merupakan sebuah matlamat yang secara spontan muncul Ketika beliau mengerah otaknya untuk berfikir dengan menulis idea-idea bernas didalam buku catatan peribadinya. Beliau berfikir, pada akhirnya beliau bukan hanya ingin mendapatkan wang untuk membayar bil dan meningkatkan jumlah simpanan didalam banknya sahaja, tetapi beliau juga ingin menandingi dan melebihi gaji tahunan yang beliau dapatkan Ketika masih bergelar seorang pekerja.


Salah satu perkara yang beliau cepat sedar adalah bahawa sebagai seorang usahawan dan pekerja bebas (freelancer), jaminan memperoleh pendapatan secara konsisten adalah sangat mencabar . Untuk mengurangkan tekanan, beliau dengan optimisnya memutuskan bahawa untuk menjadikan matlamat ini berjaya, beliau perlu mempelbagaikan pendapatannya.


Beliau telah menjadi sangat obses dengan idea untuk membina pendapatan melalui pasif “income”. Pendapatan pasif yang kebiasaaanya dilakukan ialah dengan memberi sewa hartanah seperti rumah dan kedai. Selain itu, kebanyakkan orang juga, menjadikan dividen ataupun ekuiti pelaburan, hasil daripada melabur juga, sebagai sumber pendapatan pasif. Pendapatan pasif adalah pendapatan yang diperolehi dengan hanya menggunakan sedikit usaha untuk mandatangkan hasil yang lumayan.


Beliau telah menghabiskan banyak masa untuk mengkaji idea ini, kemudian menyedari bahawa terdapat pelbagai cara untuk membina strategi mendapatkan pendapatan pasif dimana ia selari dengan apa yang sedang beliau rancangkan iaitu membina jenama peribadi dan merancang kewangan yang utuh.


5 tahun telah berlalu dan beliau telah berjaya meraih ribuan dollar setiap bulan hasil daripada aliran pendapatan pasif. Disini beliau telah sudi berkongsi bagaimana beliau melakukannya.


MENGAJAR ORANG LAIN DENGAN SKIL YANG DIMILIKINYA



Semasa beliau diberhentikan kerja, beliau dengan bersungguh-sungguh mengasah skil yang beliau miliki, dan mencari cara bagaimana untuk mengajar dan melatih orang lain untuk menguasai ilmu yang bakal diajarinya kepada mereka. Beliau telah membuat keputusan untuk membuat pembelajaran secara digital dimana rakaman dibuat sekali sehaja dan boleh diulang tayang berkali-kali berbanding kursus satu hari dan sesi “live”.

Idea pembelajaran digital pertama yang dilancarkanya pada tahun 2014 ialah tentang bagaimana untuk memulakan perniagaan berkaitan perhidmatan pengurusan perkahwinan menandingi pekerjaan sepenuh masa yang yang sibuk. Beliau telah membuat “website” dimana pelanggan boleh membeli siri pembelajaran digital tersebut dan mendapatkan bahan-bahan pembelajaran bila-bila masa yang diperlukan. Ia mengambil masa beberapa bulan untuk beliau menyempurnakan pembelajaran digital tersebut, tetapi idea ini telah mendatangkan pendapatan pasif yang lumayan sejak ia diperkenalkan.



Beliau menceritakan juga, kadang kala apabila beliau bangun pagi dan memeriksa “email” dan mendapati “website” telah melakukan beberapa jualan semasa beliau sedang tidur. Kebanyakan daripada pembelajaran tersebut berharga dari $47 ke $150 dan siri pembelajaran tersebut dijual pada platform bernama “Thinkific” yang berfungsi sama seperti “Skillshare” dan “Teachable”. Model tersebut telah diulanginya berulangkali dan yang menariknya dari idea ini, beliau telah mendapat banyak kejayaan dan keuntunggan.


Semasa pandemik beliau telah mencipta enam pembelajaran baru yang membantu memberikan sejumlah pulangan pendapatan mengantikan pendapatan yang sepatutnya boleh didapati jika tiada pandemik.


MENYERTAI PROGRAM “AFFILIATE”



Cara yang sangat bijak beliau gunakan adalah dengan meletakkan “link” affiliate di blog, dan apa-apa sahaja “content” yang dihasilkanya menerusi sosial media. Langkah ini berguna kerana beliau memanfaatkan penggikutnya di social media dengan membuat “review” terhadap apa-apa sahaja yang boleh mendatangkan pendapatan, seterusnya penggikutnya boleh mendapatkanya melalui pautan yang diberikannya. Cara ini lebih dikenali sebagai mengiklankan produk orang lain dan mendapat sebahagian keuntungan daripada jualan produk. Dengan cara ini beliau berhasil mendapatkan pendapatan antara $40 sehingga $200 sebulan.


Hasil daripada idea ini bergantung kepada seberapa ramai pengikutnya di soial media. Semakin ramai penggikut maka semakin ramai yang akan melihat kandungan-kandungan pautan affiliate dan semakin tinggilah peluang untuk mendapat manfaat daripada program affiliate ini.



Beliau juga mendedahkan dan mencadangkan program seperti ShareASale dan Rakuten, dimana program ini memberikan lebih banyak produk dan jenama yang boleh diiklankan menerusi program affiliate. Kebanyakkan “influencer” dan “blogger” menggunakan platform tersebut dan pada tahun ini beliau bercadang untuk mengembangkan lagi penawaran program affiliate yang beliau yakini dan juga bercadang mempromosikan juga persisian yang digunakannya sebagai seorang pembuat “content” digital.


MENERBITKAN “EBOOK” YANG BOLEH DIMUAT TURUN



Cara lain yang beliau gunakan sebagai “trick” untuk meraih pendapatan adalah dengan menjual buku secara digital. Beliau telah menulis 5 buah buku dan menjualnya. Idea penulisanya adalah berdasarkan pembelajaran digital yang dikendalikan olehnya. Idea ini sangat berguna dimana pelanggan yang membeli pembelajaran digital beliau semestinya antara prospek yang akan membeli buku tersebut.


Menulis buku adalah bukan suatu perkara yang mudah dimana ia adalah satu proses yang memakan masa boleh jadi sebulan dan boleh jadi juga bertahun. Tetapi idea ini sangat berbaloi kerana ia boleh dijual secara maya dan meraih pendapatan secara berterusan. Kebanyakkan buku yang dIterbitkan oleh beliau adalah berharga sekitar $5 dan $25 bergantung kepada jenis pengisian.



Walaupun harga buku boleh dijual dengan harga yang rendah, ia masih lagi berbaloi kerana tiada kos percetakkan diperlukan dan buku itu boleh sampai kepada pelanggan tidak kira dimana dan masa mana mereka membelinya. Sudah semestinya idea ini lebih berkesan kerana lebih senang di promosikan di media social dan mendapat liputan yang meluas berbanding penjualan secara konvensional.


Beliau mencadangkan untuk menggunakan program seperti Reedsy dan Canva untuk memastikan format buku Nampak lebih professional dan memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan.



MEMBENARKAN IKLAN DIJALANKAN DI CHANNEL MILIKNYA



Beliau mempunyai blog sejak 2011. Bukan setakat itu sahaja malah beliau juga memiliki “Channel” youtube selama 6 tahun. Beliau telah diberitahu oleh kenalannya dimana terdapat cara untuk memperoleh pendapatan melalui pengiklanan. Beliau menggunakan program seperti google Adsense untuk blognya manakala untuk youtube beliau membenarkan iklan dibuat pada video youtube miliknya.


Beliau sedar bahawa pendapatannya melalui membenarkan iklan pada video miliknya hanya menghasilkan $10 setiap bulan. Dimana ia bukanlah sejumlah wang yang besar tetapi ia merupakan permulaan yang baik dalam membantu beliau merangka strategi baru yang lebih hebat dan mampan.


Pendapatan melalui cara ini sangat bergantung kepada “crowd” yang dimiliki. Semakin banyak penggikut maka akan semakin tinggilah pendapatan yang bakal diraih. Ia mengguntungkan orang yang berpengaruh dan terkenal.


MEMPUNYAI AKAUN SIMPANAN YANG MEMBERI PULANGAN YANG TINGGI



Peluang besar yang beliau menfaatkan menerusi kebijakkan kewangan ialah dengan memindahkan simpanan yang mempunyai dividen sebanyak 0.01% kepada dividen simpanan yang menawarkan pulangan sebanyak 1.8%.


Mempunyai duit dengan pulangan yang tinggi adalah sangat membantu dimana ia menggandakan duit simpanan beliau hampir setiap bulan. Ia membantu mengandakan duit sehingga ratusan malah ribuan dalam masa setahun hanya dengan menyimpan duit sahaja. Memastikan duit disimpan ditempat yang betul juga merupakan strategi ampuh untuk memperolehi pendapatan pasif.


Beliau memperolehi pendapatan melalui simpanan ini sebanyak $150 sebulan. Walaupun jumlahnya seakan akan kecil tetapi ia lebih bermanfaat daripada akaun lamanya yang memberi pulangan yang sangat sedikit. Tambahan pula, simpanan itu digandakan tanpa perlu melakukan apa-apa aktiviti hanya dengan memastikan duit tersebut tidak dikeluarkan daripada akaun simpanan sahaja. Suka ataupun tidak bank adalah tempat yang paling selamat untuk menyimpan duit.



Semakin hari beliau meluahkan perasaan bangga kerana dengan mempelbagaikan saluran pendapatan pasif, ia dapat membantu beliau merasa lebih selamat dan memastikan poketnya tidak kering Ketika pandemik sedang melanda seluruh dunia. Beliau mengambil contoh tahun ini (2020) diamana apabila terdapat pelanggan dan pekerjaan yang terpaksa dihentikan sementara waktu, pendapatan pasif inilah yang membantunya meraih pendapatan walaupun kebanyakkan aktiviti ekonomi tidak boleh dijalankan. Apa yang penting sebenarnya adalah bagaimana kita merancang mengembangkan pendapatan pasif dengan startegi yang tepat dan berkesan, ujarnya lagi.


Sumber: https://www.cnbc.com/2020/10/23/ive-made-thousands-of-dollars-a-month-in-passive-income-for-the-past-5-years-heres-how.html

 
 
 

Comentarios


© 2020 by `Atqullah Muhammad. Proudly created with Wix.com

bottom of page