top of page

KENALI SAYA

"Ilmu itu bukan untuk disimpan didalam memori, tetapi ia untuk diterjemahkan didalam kehidupan"

- 'Atqullah Muhammad-

"Orang yang gagal mencari alasan adalah orang yang sentiasa memandang peluang diahadapanya"

- `Atqullah muhammad-

"hidup ini ibarat mengembara, seorang pengembara tidak akan duduk selamanya di tempat yang dilawatinya tetapi ia akan pulang semula ke tempat asal "

- 'Atqullah Muhammad-

'Atqullah Muhammad dilahirkan di Padang Besar, Perlis, Malaysia pada 24 April 1996. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti, Puchong, Selangor (2003 -2006) kemudian berpindah ke Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra, Sepang, Selangor (2006 - 2008). Kemudian beliau menyambung pelajaran ke peringat menengah iaitu di Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Meheliah, Geting, Kelantan (2009). Pada tahun 2010 beliau telah berpindah ke Sekolah Menengah Agama Nilai (SMAN), Nilai, Negeri Sembilan (2010 - 2013).

Pada tahun 2014 beliau telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dalam bidang kewangan dan perbankan Islam di Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak (2014 -2017). Setelah menjadi graduan, beliau memulakan kerjaya sebagai kakitangan di sebuah syarikat  yang berpengkalan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) disamping melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Bachelor pentadbiran perniagaan dan administarasi (BBA) pengkususan dalam bidang "sumber manusia" (HR) (2018 - 2021).

Semasa di SMAN beliau merupakan seorang murid yang aktif dalam berpesatuan dan dilantik menjadi Ketua Umum pada tahun 2013. Beliau meneruskan minatnya dalam kepimpinan dengan menyertai Majlis Perwakilan Kolej Kediaman dan Kelab Diploma perbankan Islam di PUO. Beliau juga aktif dalam bidang Takaful, & perhidmatan Internet.

 

© 2020 by `Atqullah Muhammad. Proudly created with Wix.com

bottom of page